Friday 18 November 2011

Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu







Baju Kebaya


Terdapat dua teori tentang asal usul baju kebaya iaitu :-

  1. Perkataan kebaya berasal daripada perkataan Arab  'habaya' yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan.
  2. Pakaian ini dibawa oleh Portugis ke Melaka. Hal ini jelas dilihat pakaian baju kebaya ini telah lama dipakai di Melaka bukan sahaja oleh orang wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba dan Nyonya) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya pemakaiannya.
Terdapat pelbagai gaya kebaya antaranya di Selangor, kebaya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain, malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang.


Baju Melayu


Pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belangan dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga semmasa menunaikan Solat Jumaat. Pemakaian baju Melayu kelihatan lebih berseri jika digandingkan bersama sampin dan songket.


Kain Sarung


Sebidang kain lebar yang dicantumkan kedua-dua hujungnya. Kain sarung diperbuat daripada benang kapas dan sutera. Ada juga kain sarung yang diperbuat daripada tenunan songket. Biasanya kain sarung songket hanya dipakai apabila ada majlis rasmi atau sebagai pakaian pengantin.
Kaum lelaki memakai kain sarung dengan baju Melayu. Manakala bagi kaum wanita pula kain sarung dipakai bersama-sama baju kurung atau baju kebaya.



Kain Songket 


 Sejenis kain yang dihasilkan daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Terkenal di Malaysia sejak abad ke 15. Perkataan songket berasal daripada 'sungkit' iaitu teknik menyungkit.

 Penggunaan songket melambangkan kebesaran. oleh itu songket digunakan oleh Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang berkemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuata tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Namun begitu, pada zaman moden kini songket digunakan sebaagai pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan dan barangan cenderamata.




Sumber dipetik daripada :
Pakaian dan Perhiasan Masyarakat Melayu

4 Responses to “Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu”

  • Unknown says:
    2 April 2013 at 01:48

    Assalammualaikum, blog saya ade menjual pakaian kanak-kanak yang berumur 1 bulan - 7 tahun.....

    Harga yang berpatutan.. kain cotton yang lembut, selesa dan berkualiti tinggi....

    Follow me back : http://sanizazakaria.blogspot.com/

  • Anonymous says:
    10 April 2016 at 17:10

    ILOVEYOU KAK

  • Anonymous says:
    10 April 2016 at 17:11

    KABOI.COM

  • Anonymous says:
    10 April 2016 at 17:12

    I WANT BLOCK YOU

Post a Comment

 

Blogroll