Saturday, 19 November 2011

Pakaian Tradisional Masyarakat India

Pakaian masyarakat India berunsurkan warna yang agak terang bersama dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak dan labuci juga batu-batu permata.



Dhoti
Pakaian bagi kaum lelaki yang dilengkapi dengan turban. Diperbuat daripada lembaran kain yang berwarna putih yang panjang. Pakaian ini hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Golongan ceti juga sering memakai dhoti. Mereka memakai kain tersebut yang dililit dibahagian pinggang dan diikat pada celah peha dan kemudian disangkutkan pada bahu.




















Sari
Pakaian bagi kaum wanita yang merupakan pakaian seharian dan pakaian pada musim perayaan. Sari digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja memakai skirt labuh (henga) yang dipadankan dengan baju lengan pendek atau choli.

Rasa-rasa Makanan Masyarakat India

Bertuahnya terasa berada di bumi yang mempunyai multietnik kerana kepelbagaian ini membuatkan setiap daripadanya saling memerlukan dan terjalin hubungan yang harmonis. Keadaan ini turut mewujudkan perkongsian kebudayaan dalam masyarakat.

Topik hari ini berkisar mengenai jenis-jenis makanan dan masakan masyarakat India. Mari kita kongsi bersama (^_^)

Tosei


Berasal dari Tamil Nadu, India. merupakan makanan ringan yang dihidangkan pada waktu pagi, petang dan malam. Bahan utama dalam penyediaan resepi tosei adalah kacang tosei atau digelar dalam bahasa tamil "ulundhu". Seterusnya, beras yang diperam bagi mengelakkan air kanji. Makanan ini sememangnya merupakan makanan yang rendah kolestrol yang amat sesuai untuk golongan yang berdiet.



Putu mayam


Asalnya daripada Tamil Nadu, India di mana bahan asasnya adalah daripada mee tepung beras yang dihidangkan dengan gula dan kelapa dan kadangkala dengan pisang. Turut dikenali sebagai iddiyappam.









Masakan berempah

Pastinya masakan India sememangnya terkenal dengan masakan yang berempah dan herba. Rempah-rempah yang terpenting digunakan bersama dalam masakan India ialah lada, biji sawi hitam, halia, bawang putih, garam masala, kayu manis dan rempah kering. Disamping itu penggunaan daun kari sangat penting dalam masakan India. Dalam hidangan manis pula, kepulaga, safron, buah pala, dan intisari kuntum mawar diperasakan.




Kebudayaan Masyarakat India

Setelah mengkaji serba sedikit mengenai adat perkahwinan dalam masyarakat Melayu dan Cina, kini saya bawa paparkan pula mengenai adat perkahwinan dalam masyarakat India.

  Bermula dengan peringkat merisik, kunjungan ke rumah pengantin, mengkaji kecocokan pengantin, mengikat janji, pemberian hadiah, upacara sebelum perkahwinan, upacara perkahwinan dan selepas perkahwinan.

  • Adat kunjungan ke rumah pengantin atau dikenali sebagai pen paarttal (melihat bakal isteri) merupakan kunjungan daripada pihak lelaki bagi melihat sendiri rupa bakal isteri. Wakil pihak lelaki perlu hadir dalam jumlah ganjil walaupun dalam bilangan yang ramai. Mereka perlu membawa buah tangan seperti air kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum. Bakal pengantin perlu menghidangkan air dan bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan.
  • Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal
  • Ikat janji atau niccayam dilakukan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.
  • Pemberian hadiah (Parisam) terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan udan parisam. Umpama sebuah majlis pertunangan. 

  • Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam dijalankan berlandaskan aspek suku kaum.



 



Kenali Budaya Masyarakat Cina di Malaysia

 Ciri-ciri kebudayaan sesebuah masyarakat dapat ditonjolkan melalui amalan-amalan dan kepercayan yang diamalkan. Bagi mengenali identiti sesebuah masyarakat perlu kita kenali budaya dan adat resam yang terdapat dalam kalangan masyarakat tersebut.


Perkahwinan 


Adat merisik dijalankan bagi mengetahui latar belakang gadis yang dihajati untuk. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan-rakan yang terdekat dengan keluarga si gadis. Mereka lebih gemar berbincang di restoren-restoren dengan disertai saudara mara yang lain. Tradisi makan bersama ini dianggap penting kerana dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.

Meminang

Seorang wakil dipilh untuk berkunjung ke rumah gadis pilihan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu bapa pengantin perempuan akan berbincang dengan wakil tersebut mengenai jumlah mask kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paliang sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan. Setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk berkahwin, adat bertunang pula dijalankan. 

Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan. Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umr dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah itu, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatatkan pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menetukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. nyik-kor tersebut mengandungi pertauran-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin diberikan semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Dalam masyarakat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. 

Majlis perkahwinan

Masyarakat Cina pada zaman dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Dilarang memakai baju berwarna hitam, biru, dan kelabu dipercayai warna-warni tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. 

Perkara-perkara penting yang terdapat dalam peringkat perkahwinan masyarakat Cina adalah :-
  • upacara minum teh iaitu melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
  • Jamuan makan secara besar-besaran di rumah, dewan atau restoren. Dalam majlis ini, pasangan penagntin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi sebagai bukti perkahwinan. 




Friday, 18 November 2011

Pakaian Tradisional Masyarakat Cina


Samfoo

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.


Cheong Sam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

"The Chinesse Food"

Post hari ini membawa anda mengenali lebih dekat lagi tentang jenis pemakanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Saya pasti anda akan berasa lebih tertarik untuk membaca entry di updatekan kerana berkaitan makanan. Sebut makanan pasti anda telah dapat membayangi sesuatu yang menyelerakan. Sekadar tersenyum (^_^)

Berbalik pada topik yang ingin dikongsi pada hari ini iaitu mengenai "The Chinesse Food" atau dapat diterjemahkan dalam bahasa Melayu, makanan masyarakat Cina

Char kuey tiow ( dari nama makanan ini sudah pasti kita dapat menggagak asal usul makanan ini.) Ya, kalau benar jawapan anda ini adalah makanan masyarakat Cina pasti anda merupakan salah seorang daripada penggemar makanan tersebut termasuklah saya. Ok, jom kita lihat latar belakang makanan kegemaran saya ini.

Char Kuey Tiow



Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalamCina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sosciliudangkerangtelurtauge dankucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayanpetani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.
Makanan ini dipopularkan di negeri Pulau Pinang

Kuih Bulan

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.
Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.


Dim Sum
Merupakan sejenis masakan Cina yang melibatkan suatu lingkungan luas hidangan ringan
yang dihidangkan bersama teh Cina. Dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina . Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, juga pencuci mulut dan buah-buahan. Bahan-bahan ini dihidangkan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. 


Sesetengah Keluarga Cina, hidangan Dim Sum ini akan dihidangkan pada musim perayaan kahs seperti Tahun Baru Cina. Mereka akan berkumpul bersama-sama untuk menikmati hidangan ini.

Makanan Tradisional Masyarakat Melayu

Serba sedikit mengenai makanan tradisional orang Melayu yang dapat dipaparkan di sini ialah:-

Sate dan kuah kacang
Merupakan sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Khususnya sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/ buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad ke-19. Sate dihidangkan bersama dengan kuah kacang yang dimasak dengan pelbagai herba dan disediakan bersama-sama dengan bawang merah, timun serta nasi himpit.







Serabai 

sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum. Kuih ini perlu dibakar menggunakan acuan yang diperbuat daripada tembaga. Kuih ini juga perlu dimakan bersama-sama kuah manis. Ramuan yang didapati dalam membuat kuah manis ialah tepung gandum, santan, gula dan gula merah. Kuih ini mudah didapati di Pulau Pinang dan Kedah terutama pada bulan Ramadhan. 

Nasi kerabu 
Makanan yang berasal dari negeri Pantai Timur. Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang berwarna kebiruan dan biasanya di makan bersama telur asin, keropok ikan, ikan goreng dan ayam goreng. dimasukkan bersama ulam-ulaman dan budu. Warna biru dalam nasi dihasilkan daripada kelopak bunga telang  .





Ketupat dan Rendang
Juadah yang sangat popular dan wajib dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. 
Ketupat pula boleh terdapat dalam beberapa jenis seperti ketupat palas dan ketupat nasi. Rendang turut terdapat dalam pelbagai hidangan seperti rendang ayam, rendang tok, rendang kerang dan sebagainya. 




Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu







Baju Kebaya


Terdapat dua teori tentang asal usul baju kebaya iaitu :-

  1. Perkataan kebaya berasal daripada perkataan Arab  'habaya' yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan.
  2. Pakaian ini dibawa oleh Portugis ke Melaka. Hal ini jelas dilihat pakaian baju kebaya ini telah lama dipakai di Melaka bukan sahaja oleh orang wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba dan Nyonya) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya pemakaiannya.
Terdapat pelbagai gaya kebaya antaranya di Selangor, kebaya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain, malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang.


Baju Melayu


Pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belangan dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga semmasa menunaikan Solat Jumaat. Pemakaian baju Melayu kelihatan lebih berseri jika digandingkan bersama sampin dan songket.


Kain Sarung


Sebidang kain lebar yang dicantumkan kedua-dua hujungnya. Kain sarung diperbuat daripada benang kapas dan sutera. Ada juga kain sarung yang diperbuat daripada tenunan songket. Biasanya kain sarung songket hanya dipakai apabila ada majlis rasmi atau sebagai pakaian pengantin.
Kaum lelaki memakai kain sarung dengan baju Melayu. Manakala bagi kaum wanita pula kain sarung dipakai bersama-sama baju kurung atau baju kebaya.



Kain Songket 


 Sejenis kain yang dihasilkan daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Terkenal di Malaysia sejak abad ke 15. Perkataan songket berasal daripada 'sungkit' iaitu teknik menyungkit.

 Penggunaan songket melambangkan kebesaran. oleh itu songket digunakan oleh Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang berkemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuata tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Namun begitu, pada zaman moden kini songket digunakan sebaagai pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan dan barangan cenderamata.




Sumber dipetik daripada :
Pakaian dan Perhiasan Masyarakat Melayu

Adat Resam Masyarakat Melayu

Adat Resam bermaksud peraturan yang sudah diamalkan sejak turun temurun dalam sesuatu masyarakat dan sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat itu. Masyarakat Melayu sememangnya amat terkenal dengan adat resam yang unik dan istimewa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Adat resam yang diamalkan dalam masyarakat Melayu dapat dilihat dalam perkahwinan masyarakat Melayu di mana setiap peringkat untuk menuju ke gerbang perkahwinan perlu dititik beratkan. Antaranya ialah:-

  • Merisik
Merisik bertujuan untuk pihak keluarga sebelah lelaki dapat memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap dalam mencari dan memilih isteri untuk anak lelaki mereka. Adat ini turut dikenali sebagai menilik. selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. rombongan ini akan disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. kedatangan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa anak dara tersebut telah dimiliki atau belum. Selepas selesai merisik, rombongan akan pulang dan satu rundingan dilakukan dalam kalangan ahli keluarga pihak lelaki bagi mencari kata putus. Penetapan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan perlu dibincangkan.

Menurut kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Bermaksud ikatan perkahwinan yang dibina akan berada dalam keadaan senang lenang dan bermuafakat. Sebaliknya berlaku sekiranya waktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana kononnya, membawa petanda panas. Namun begitu, bagi masyarakat kini, kepercayaan demikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan.


                                                         

Friday, 11 November 2011

Imigran India Sebelum Perang Dunia Kedua

Masyarakat India
- Dasar-dasar baru yang dibawa masuk oleh penjajah British ke India telah memberi kesan negatif terhadap penduduk India sehingga menyebabkan mereka berhijrah.
- Amalan sistem kasta di India menyebabkan golongan berkasta rendah sering ditindas

Sistem Kedatangan :

1. Sistem indenture atau Sistem Buruh Kontrak
- Tabung Khas iaitu Indian Imigration Fund ditubuhkan bagi menguruskan pengambilan masuk buruh India.
- setiap buruh akan terikat dengan majikan masing-masing

2. Sistem kangani
- seorang kangani yang bekerja dengan seorang majikan akan berusaha untuk mengambil buruh-buruh yang mampu bekerja di ladang majikannya.
- Buruh bebas dan tidak begitu terikat dengan pemeriksaan dan kawalan kerajaan

Imigran Cina sebelum Perang Dunia Kedua

Masyarakat Cina di Malaysia

Faktor pendorong imigran :-

- masalah ekonomi, politik dan pertambahan penduduk
- Victor Purcell pula menyatakan bahawa penghijrahan oleh orang Cina yang datang dari Kwantung dan Fukien disebabkan faktor perdagangan kerana berlakunya pelayaran yang kerap. (Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia , ms : 81)


Sistem kedatangan
1. Sistem kredit tiket
Broker-kuli merupakan orang tengah yang mencari bakal-bakal buruh dari China untuk dibawa ke Tanah Melayu.
Sinkheh ( gelaran untuk pendatang)

2. Sistem kontraktor
- dikenali juga sebagai Sistem rumah kongsi
- buruh-buruh dikawal oleh tuan rumah kongsi dan mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah kecil kediaman mereka sebelum diambil bekerja

3.Sistem sewa
- diusahakan oleh pedagang Cina di Negeri-negeri Selat
- sistem ini memerlukan jangka masa terntentu apabila buruh-buruh terikat dengan pekerjaan mereka

4. Sistem oleh kheh-tau (ketua)
- buruh-buruh terikat dengan kheh-tau
- sistem ini mirip dengan sistem kredit tiket
 

Blogroll