Saturday, 19 November 2011

Kenali Budaya Masyarakat Cina di Malaysia

 Ciri-ciri kebudayaan sesebuah masyarakat dapat ditonjolkan melalui amalan-amalan dan kepercayan yang diamalkan. Bagi mengenali identiti sesebuah masyarakat perlu kita kenali budaya dan adat resam yang terdapat dalam kalangan masyarakat tersebut.


Perkahwinan 


Adat merisik dijalankan bagi mengetahui latar belakang gadis yang dihajati untuk. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan-rakan yang terdekat dengan keluarga si gadis. Mereka lebih gemar berbincang di restoren-restoren dengan disertai saudara mara yang lain. Tradisi makan bersama ini dianggap penting kerana dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.

Meminang

Seorang wakil dipilh untuk berkunjung ke rumah gadis pilihan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu bapa pengantin perempuan akan berbincang dengan wakil tersebut mengenai jumlah mask kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paliang sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan. Setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk berkahwin, adat bertunang pula dijalankan. 

Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan. Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umr dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah itu, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatatkan pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menetukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. nyik-kor tersebut mengandungi pertauran-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin diberikan semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Dalam masyarakat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. 

Majlis perkahwinan

Masyarakat Cina pada zaman dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Dilarang memakai baju berwarna hitam, biru, dan kelabu dipercayai warna-warni tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. 

Perkara-perkara penting yang terdapat dalam peringkat perkahwinan masyarakat Cina adalah :-
  • upacara minum teh iaitu melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
  • Jamuan makan secara besar-besaran di rumah, dewan atau restoren. Dalam majlis ini, pasangan penagntin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi sebagai bukti perkahwinan. 




1 Response to “Kenali Budaya Masyarakat Cina di Malaysia”

  • NUR sarah says:
    17 December 2013 at 03:53

    Salam, nak tanya sikit, Apakah makanan yang dihidangkan pada hari perkahwinan kaum cina?

Post a Comment

 

Blogroll