Friday 18 November 2011

Makanan Tradisional Masyarakat Melayu

Serba sedikit mengenai makanan tradisional orang Melayu yang dapat dipaparkan di sini ialah:-

Sate dan kuah kacang
Merupakan sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Khususnya sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/ buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad ke-19. Sate dihidangkan bersama dengan kuah kacang yang dimasak dengan pelbagai herba dan disediakan bersama-sama dengan bawang merah, timun serta nasi himpit.







Serabai 

sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum. Kuih ini perlu dibakar menggunakan acuan yang diperbuat daripada tembaga. Kuih ini juga perlu dimakan bersama-sama kuah manis. Ramuan yang didapati dalam membuat kuah manis ialah tepung gandum, santan, gula dan gula merah. Kuih ini mudah didapati di Pulau Pinang dan Kedah terutama pada bulan Ramadhan. 

Nasi kerabu 
Makanan yang berasal dari negeri Pantai Timur. Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang berwarna kebiruan dan biasanya di makan bersama telur asin, keropok ikan, ikan goreng dan ayam goreng. dimasukkan bersama ulam-ulaman dan budu. Warna biru dalam nasi dihasilkan daripada kelopak bunga telang  .





Ketupat dan Rendang
Juadah yang sangat popular dan wajib dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. 
Ketupat pula boleh terdapat dalam beberapa jenis seperti ketupat palas dan ketupat nasi. Rendang turut terdapat dalam pelbagai hidangan seperti rendang ayam, rendang tok, rendang kerang dan sebagainya. 




0 Responses to “Makanan Tradisional Masyarakat Melayu”

Post a Comment

 

Blogroll